Pengenalan Maxis eKelas di mesyuarat PIBG di SMK Syed Saffi.

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Febuari 2019, telah berlangsung program pengenalan Maxis eKelas di mesyuarat PIBG di SMK Syed Saffi dengan kerjasama Pi Batas Lintang, PI Pokok JawI dan Maxis Sdn Bhd. Program ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi bersempena mesyuarat PIBG. Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program eKelas adalah mengenai kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran jarak jauh yang membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan idea tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia.

Kami akan menyampaikan program eKelas di Pusat Internet (PI), yang diuruskan oleh Maxis. Program eKelas tersebut memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tahun 6 hingga Tingkatan 5. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi sediakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali